Bingkai kayu untuk pelbagai kegunaan. Samada untuk cermin, gambar kenangan atau untuk memaparkan hasil seni anda. Boleh ditempah dalam pelbagai saiz, rekabentuk dan kemasan akhir.
Bettah Woodworks
Wednesday, 18 July 2012
Tuesday, 17 July 2012
Awning kayu
Menambah seri pada laman, parkir kereta, porch, balkoni dan lain-lain.
Dengan pilihan untuk jenis bumbung samada polycarbonate, zink atau teduhan dari
pokok jenis menjalar.
Meja kayu
Untuk riadah seisi keluarga dan tetamu, disamping menambah keindahan halaman
rumah anda. Boleh didapati dalam pelbagai saiz dan rekaan.
Pergola.
Sesuai diletakkan di halaman rumah, dengan hiasan pokok dari jenis
menjalar di bahagian atas. Boleh disesuaikan dengan meja taman untuk dijadikan teduhan diwaktu petang. Teduhan dari pokok hijau dapat memberikan anda suasana yang redup dan nyaman.
Kolam kayu
Hiasan yang sangat sesuai di letakkan di halaman rumah untuk
melengkapkan suasana taman. Dihias dengan tumbuhan hijau, ikan berwarna-warni dan batu-batuan sungai yang pasti meningkatkan keindahan laman anda. Diselangi deruan air dan hiasan kayu, ianya mampu memberi kesan terapi untuk
menenangkan fikiran dan minda.
Saiz kolam boleh ditempah mengikut kesesuaian ruang anda. Selain daripada itu, rekaan, jenis kayu, kemasan dan hiasan juga boleh dipilih mengikut citarasa anda.
Pengenalan
Kami
membuat dan menjual hasil kerja dari kayu untuk hiasan taman dan dalaman rumah,
seperti kolam hiasan, pergola, perabot, lantai, gazebo, awning, peti surat dan
macam-macam lagi.
Produk
dihasilkan menggunakan kayu resak* yang lasak dan tahan
lama. Setiap produk dihasilkan dengan jaminan buatan yang kemas, halus dan
ketelitian yang tinggi.
Gambar yang dipaparkan adalah
sebagai rujukan. Pelanggan boleh menyesuaikan tempahan mengikut citarasa
sendiri, dari segi bahan, reka bentuk dan kemasan akhir. Dengan khidmat nasihat
diberikan secara percuma.
Ciri-ciri Kayu Resak*.
Pokok
Resak dikelaskan sebagai pokok kayu keras berat. Teksturnya halus dan rata. Ianya
mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap rintangan cuaca dan serangan
anai-anai. Ketumpatan balak kering ialah 815 - 1160 kg/m3. Ia sesuai digunakan
untuk pembuatan perabot lasak. Kayu pokok ini juga sesuai untuk pembinaan berat
seperti jambatan, cerucuk dan kerja dalam air.
Subscribe to:
Posts (Atom)