Wednesday 18 July 2012

Bingkai Kayu

Bingkai kayu untuk pelbagai kegunaan. Samada untuk cermin, gambar kenangan atau untuk memaparkan hasil seni anda. Boleh ditempah dalam pelbagai saiz, rekabentuk dan kemasan akhir.



Tuesday 17 July 2012

Peti surat kayu



Hiasan kayu memberi kelainan dan menambah seri kepada peti surat anda.



Awning kayu


Menambah seri pada laman, parkir kereta, porch, balkoni dan lain-lain. Dengan pilihan untuk jenis bumbung samada polycarbonate, zink atau teduhan dari pokok jenis menjalar.




Meja kayu


Untuk riadah seisi keluarga dan tetamu, disamping menambah keindahan halaman rumah anda. Boleh didapati dalam pelbagai saiz dan rekaan.




Pergola.


Sesuai diletakkan di halaman rumah, dengan hiasan pokok dari jenis menjalar di bahagian atas. Boleh disesuaikan dengan meja taman untuk dijadikan teduhan diwaktu petang. Teduhan dari pokok hijau dapat memberikan anda suasana yang redup dan nyaman.



Kolam kayu


Hiasan yang sangat sesuai di letakkan di halaman rumah untuk melengkapkan suasana taman. Dihias dengan tumbuhan hijau, ikan berwarna-warni dan batu-batuan sungai yang pasti meningkatkan keindahan laman anda. Diselangi deruan air dan hiasan kayu, ianya mampu memberi kesan terapi untuk menenangkan fikiran dan minda.

Saiz kolam boleh ditempah mengikut kesesuaian ruang anda. Selain daripada itu, rekaan, jenis kayu, kemasan dan hiasan juga boleh dipilih mengikut citarasa anda.




Pengenalan

                Kami membuat dan menjual hasil kerja dari kayu untuk hiasan taman dan dalaman rumah, seperti kolam hiasan, pergola, perabot, lantai, gazebo, awning, peti surat dan macam-macam lagi.
                Produk dihasilkan menggunakan kayu resak* yang lasak dan tahan lama. Setiap produk dihasilkan dengan jaminan buatan yang kemas, halus dan ketelitian yang tinggi.
                Gambar yang dipaparkan adalah sebagai rujukan. Pelanggan boleh menyesuaikan tempahan mengikut citarasa sendiri, dari segi bahan, reka bentuk dan kemasan akhir. Dengan khidmat nasihat diberikan secara percuma.
Ciri-ciri Kayu Resak*.


                Pokok Resak dikelaskan sebagai pokok kayu keras berat. Teksturnya halus dan rata. Ianya mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap rintangan cuaca dan serangan anai-anai. Ketumpatan balak kering ialah 815 - 1160 kg/m3. Ia sesuai digunakan untuk pembuatan perabot lasak. Kayu pokok ini juga sesuai untuk pembinaan berat seperti jambatan, cerucuk dan kerja dalam air.